Creative Common License
Apa itu Creative Common Licence?
Creative Common License adalah merupakan sebuah organisasi yang menawarkan kepada orang ramai satu set perlesenan hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu pencipta atau pemegang lesen memberitahu dunia apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan berkaitan kerja mereka yang telah dihakciptakan.Ia terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dan ia boleh
dalam sebarang bentuk seperti rakaman video, rakaman audiovisual,
rakaman muzik, imej, video, teks atau rekaan interaktif. Selain itu, tiada pendaftaran dikenakan bagi menggunakan lesen Creative Common License ini.
Melalui pilihan pelesenan yang disediakan oleh Creative Commons, ia
membolehkan pemilik sesuatu kandungan berkongsi hasil kerja mereka,
seperti gambar, video, grafik, teks, dan sebagainya untuk digunakan oleh
sesiapa sahaja, dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta
kepada pemilik asal.
Creative Commons yang telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2006. Ia
telah menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC daripada
Malaysia sendiri. Sekiranya perasan, kebanyakkan laman web berbentuk
perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative
Commons, termasuk Google, Wikipedia,YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo, dan banyak lagi.
Mengapa ia perlu diberi perhatian dalam penyampaian maklumat?
Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons pada hasil karya anda,
ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya
anda bersama yang lain, disamping pada masa yang sama mengekalkan apa
yang ditetapkan oleh anda. Ia sekaligus membantu dalam beberapa bidang,
terutamanya dalam bidang pendidikan, disamping membolehkan hasil karya
anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.
Disamping itu, apabila anda ingin membangunkan sesuatu kandungan,
sebagai contoh sekiranya ingin meletakkan sebuah video, anda boleh
menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain,
dan melaluinya kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh,
video anda akan mendapat lagu latar yang menarik, manakala pemilik lagu
asal mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih
ramai orang seluruh dunia.
- Creative Commons boleh dihubungi melalui https://creativecommons.org/.