Sunday 1 March 2015

Apa itu Creative Common Licence?


Creative Common License 




Image result for gambar creative common license

Apa itu Creative Common Licence?

Creative Common License adalah merupakan sebuah organisasi yang menawarkan kepada orang ramai satu set perlesenan hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu  pencipta atau pemegang lesen memberitahu dunia apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan berkaitan kerja mereka yang telah dihakciptakan.Ia terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dan ia boleh dalam sebarang bentuk seperti rakaman video, rakaman audiovisual, rakaman muzik, imej, video, teks atau rekaan interaktif. Selain itu, tiada pendaftaran dikenakan bagi menggunakan lesen Creative Common License ini.

Melalui pilihan pelesenan yang disediakan oleh Creative Commons, ia membolehkan pemilik sesuatu kandungan berkongsi hasil kerja mereka, seperti gambar, video, grafik, teks, dan sebagainya untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal.

Creative Commons yang telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2006. Ia telah  menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC daripada Malaysia sendiri. Sekiranya perasan, kebanyakkan laman web berbentuk perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative Commons, termasuk  Google, Wikipedia,YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo, dan banyak lagi.



Mengapa ia perlu diberi perhatian dalam penyampaian maklumat? 

Image result for gambar creative common license

Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons pada hasil karya anda, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya anda bersama yang lain, disamping pada masa yang sama mengekalkan apa yang ditetapkan oleh anda. Ia sekaligus membantu dalam beberapa bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan, disamping membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.

Disamping itu, apabila anda ingin membangunkan sesuatu kandungan, sebagai contoh sekiranya ingin meletakkan  sebuah video, anda boleh menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain, dan melaluinya kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh, video anda akan mendapat lagu latar yang menarik, manakala pemilik lagu asal mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih ramai orang seluruh dunia.
   
Image result for gambar creative common licenseImage result for gambar creative common license


Friday 23 January 2015

Masalah Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Masalah Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
           Image result for gambar kelemahan ict dalam pembelajaran
Kewujudan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia telah memberikan impak yang besar kepada generasi pada masa kini termasuklah dalam bidang pendidikan.Namun di sebalik kemajuan yang dikecapi terdapat pelbagai masalah yang timbul yang menjadi kelemahan kepada teknologi tersebut.Antara kelemahan dan kekurangan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia ini  dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

  • Kekurangan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran di kalangan guru-guru.
Sebelum mempraktikkan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, guru terlebih dahulu hendaklah mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ICT ini.Tanpa ilmu yang cukup ia akan menimbulkan kesukaran ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

  • Kekurangan komputer di setiap Sekolah.
Sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran secara berkomputer hendak dijalankan di setiap sekolah, ia sememangnya memerlukan  kos yang banyak. Ini kerana, bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai setiap murid perlulah dibekalkan dengan komputer sewaktu  pembelajaran dilaksanakan.

  • Kekangan masa.
Salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT ini adalah kerana waktu pembelajaran yang singkat.Jumlah masa dalam satu sesi pengajaran seminggu hanyalah 2 jam.Ini sudah pasti tidak memberikan ruang yang cukup kepada para pelajar untuk mencuba kerana aktiviti amali ini memerlukan masa yang panjang.

  • Maklumat tidak ada batasan.
Penggunaan ICT ini juga akan menyebabkan para pelajar memperolehi maklumat tanpa batasan mengikut kadar umur mereka.Ini kerana ianya adalah bersifat umum dan tidak ada had.

  • Para Pelajar menjadi malas
Dengan penggunaan sistem komputer ini, ia akan menjadikan kanak-kanak malas untuk berusaha kerana maklumat senang diperolehi.Dengan itu, bakat mereka tidak dapat ditonjolkan dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara tidak dapat dinilai.

  • Deria rangsangan tidak dapat berkembang
Sekiranya para pelajar sentiasa didedahkan dengan teknologi sahaja, deria rangsangan mereka tidak dapat berkembang kerana mereka tidak mengetahui dan merasai keadaan sebenar sesuatu perkara. Contohnya, murid akan mengetahui tentang buah durian tetapi tidak dapat merasai bentuk dan rasa buah tersebut,

  • Prestasi guru menurun
Guru juga akan menjadi malas kerana melalui email dan laman web mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan mengambil daraipada hasil kerja orang lain.Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi sama sahaja.Kanak-kanak tidak akan dapat pembaharuan dalam pembelajaran dan semua kanak-kanak akan belajar benda yang sama. 


Image result for gambar penggunaan ict dalam pembelajaran        

Rujukan

Zawiyah Mohd Yusof.Nazura Abd Manap.Masnizah Mohd.Azizi Abdullah.Teknologi Maklumat & Komunikasi Etika Undang-Undang dan Sosial.2005.McGraw Hill Company.

Abdul Mnaf Bohari.Isu-isu Kontemporari Koridor Raya Multimedia Inovasi Teknologi.2006.Prentice Hill.

http//eprints.utm


Thursday 22 January 2015

Kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran



 Kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran



                            Image result for gambar penggunaan ict dalam pembelajaran

Teknologi maklumat dan Komunikasi adalah gabungan daripada  dua aspek iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk  seperti grafik,suara, animasi,dan sebagainya.Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan.

Teknologi Komunikasi pula membolehkan individu atau kumpulan tertentu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global.

Pada masa kini, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sudah semakin pesat dan ianya telah memberi kesan yang yang positif di dalam pelbagai bidang di Malaysia termasuklah bidang pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia dengan menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar menggunakan komputer riba, cakera  padat dan penggunaan pelbagai perisian.

Kelebihan ICT dapat dinyatakan seperti berikut:
  • Meningkatkan minat pelajar
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akedemik mereka (Abd, Rahman, 1992).

  • Pelajar lebih gembira.
Menurut Abdul RahimMohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,Penggunaan internet juga mampu membentuk suasana pengajaran dan pebelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.

  • Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar 
Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005), mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Penggunaan alat beteknologi tinggi seperti koputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam prooses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu,ekses guru dan pelajar dapat dipertingkatkan melalui penggunaan komputer.Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafi bergambar,video dan pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur.Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.

  • Menberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
Bill Gates (1990), dalam bukunya Business@The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan (hands on) dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar.Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

  • Guru dapat menurunkan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih mudah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995),Winnans dan Brown (1992),Dupagne dan Krendl (1992),serta Hadley dan Sheingold (1993),walau begitu canggihnya komputer, ia perlulah dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna seperti (hardware dan Software) yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer.Dengan ini,keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer.

  • Bahan boleh disimpan oleh guru semula.
Dalam keadan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaiaan dan pengajaran melalui penggunaan internet,bahan-bahan muitimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada.Bahan-bahan multimedia interektif dibangunkan dengan mengunakan bahanvisual grafik,teks,musik,video serta animasi yang menbantu mengukuhkanlagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.Pengunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juge murid untuk meneroka,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar,guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin.Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam suatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya menunjukan satu -satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya.Tambahan pula setiap bahan didal portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat bnyak bahan bahru berbanding dengan buku teks yang diperbaharuie lima tahun sekali.(Zalina Yahya,2001).
  Image result for gambar penggunaan ict dalam pembelajaran            Image result for gambar penggunaan ict dalam pembelajaran

Bibiografi

Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu,1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999

http//eprints.utm


Thursday 8 January 2015

Kesan Perisian Animasi dalam Pendidikan



Apa itu animasi?

Animasi adalah merupakan salah satu perisian aplikasi yang unik.Animasi sering dikaitkan dengan sesuatu yang menarik dan denamik kerana ia mampu memberi kesan terhadap sesebuah persembahan.Ia juga mampu menghidupkan gambar dan menampilkan gambar berurutan.Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video namun terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi tersebut. 



Kelebihan Animasi dalam Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, animasi sememangnya memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan multimedia. Ciri animasi yang dinamik dan berwarna akan menjadikan sesuatu pelajaran lebih hidup dan ceria. Ia juga mampu merangsang kecenderungan minat pelajar.Banyak perisian khursus yang terdapat di pasaran menggunakan teknik animas. Salah satu Contohnya  ialah perisian animasi yang dibina untuk Projek Sekolah Bestari.Pembelajaran yang dilaksanakan menggunakan animasi akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilakukan secara tidak formal dan menggembirakan.

Jenis-jenis animasi

Terdapat Tiga jenis animasi yang biasa digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia iaitu:
  •       Animasi 2 Dimensi (2D)
  •       Animasi 3Dimensi (3D)
  •       Animasi Kesan Khas.

                          
                                Contoh animasi 2D                                               


Di malaysia, contoh animasi yang biasa  dan sesuai digunakan diperingkat awal kanak-kanak adalah seperti Upin Ipin, Boboiboy, Usup Sontorian Kluangman dan lain-lain.

                              



Justeru itu, Dalam pelaksanan pembelajaran dan pengajaran animasi seperti ini sebenarnya banyak membantu murid-murid untuk lebih memahami konsep yang diajar oleh guru.Contoh yang boleh diambil adalah ketika guru mengajar mengenai Puasa di Bulan Ramadhan.Puasa adalah satu konsep yang tidak dapat dilihat  dan dialami ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Tetapi dengan adanya animasi kartun Upin-Ipin murid-murid boleh mendapat gambaran yang lebih tepat dan jelas mengenai Puasa.Guru hanya perlu memberi tayangan kepada murid-murid dan mereka secara tidak langsung akan dapat belajar daripada apa yang mereka lihat itu.