Masalah Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kewujudan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia telah memberikan impak yang besar kepada generasi pada masa kini termasuklah dalam bidang pendidikan.Namun di sebalik kemajuan yang dikecapi terdapat pelbagai masalah yang timbul yang menjadi kelemahan kepada teknologi tersebut.Antara kelemahan dan kekurangan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia ini dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
- Kekurangan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran di kalangan guru-guru.
Sebelum mempraktikkan Teknologi Maklumat dan Teknologi Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, guru terlebih dahulu hendaklah mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ICT ini.Tanpa ilmu yang cukup ia akan menimbulkan kesukaran ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
- Kekurangan komputer di setiap Sekolah.
Sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran secara berkomputer hendak dijalankan di setiap sekolah, ia sememangnya memerlukan kos yang banyak. Ini kerana, bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai setiap murid perlulah dibekalkan dengan komputer sewaktu pembelajaran dilaksanakan.
- Kekangan masa.
Salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT ini adalah kerana waktu pembelajaran yang singkat.Jumlah masa dalam satu sesi pengajaran seminggu hanyalah 2 jam.Ini sudah pasti tidak memberikan ruang yang cukup kepada para pelajar untuk mencuba kerana aktiviti amali ini memerlukan masa yang panjang.
- Maklumat tidak ada batasan.
- Para Pelajar menjadi malas
- Deria rangsangan tidak dapat berkembang
- Prestasi guru menurun
Guru juga akan menjadi malas kerana melalui email dan laman web mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan mengambil daraipada hasil kerja orang lain.Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi sama sahaja.Kanak-kanak tidak akan dapat pembaharuan dalam pembelajaran dan semua kanak-kanak akan belajar benda yang sama.
Rujukan
Zawiyah Mohd Yusof.Nazura Abd Manap.Masnizah Mohd.Azizi Abdullah.Teknologi Maklumat & Komunikasi Etika Undang-Undang dan Sosial.2005.McGraw Hill Company.
Abdul Mnaf Bohari.Isu-isu Kontemporari Koridor Raya Multimedia Inovasi Teknologi.2006.Prentice Hill.
No comments:
Post a Comment