Ulasan Artikel Peranan Ict Dalam Penyebaran Dakwah..
Penulis: Dr Syed Muhammad Dawilah Al Idrus Dan Ustaz Mohd Lutfi
Solehan.Artikel ini Membincangkan tentang Peranan ict dalam penyebaran
dakwah. Dakwah dan ict adalah dua bidang yang besar.Dakwah bermaksud
mengajak manusia kepada perkara mengabdikan diri kepada Allah, ia adalah
satu tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para nabi. Manakala
Ict pula boleh disimpulkan sebagai satu proses pengalian,penyimpanan dan
pemprosesan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Penulis membuat kajian mengenai perkara ini kerana pada masa kini penggunaan teknologi semakin digemari dan digunakan oleh
pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan muda, maka penulis
menekankan adalah sangat berkesan sekiranya ict ini digunakan sebagai
medium untuk menyampaikan dakwah.Dengan ini,penyebaran dakwah sebenarnya
akan lebih efektif dan berkesan.Selain itu, penggunaan ict juga dapat
meningkatkan kualiti dakwah kerana dakwah itu dapat disebarkan dengan
terang lagi nyata. Penerima juga akan mendapat maklumat secara terus dan
telus tanpa ragu-ragu.
Selain itu, penulis juga memberi gambaran bahawa ict ini sebenarnya medium perantara yang sangat hebat kerana ia boleh mengeratkan hubungan antara masyarakat islam di Malaysia mahupun di Luar
negara.Mereka juga boleh saling memberi pendapat, pandangan, nasihat
dan saling tegur menegur demi kebaikan semua pihak.Ini akan meningkatkan
lagi ukhwah sesama masyarakat dan secara tidak langsung dakwah akan dapat disampaikan dan disebarkan.
Tambahan itu,dengan adanya
perkembangan teknologi ict dalam penyebaran dakwah ini segala unsur
atau budaya serta pengaruh asing dapat ditangkis dengan adanya kesahihan
maklumat yang tepat beserta dalil sebagai bukti dalam hujah yang diberi
oleh pendakwah.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan keburukannya, begitu jugalah dalam dunia ict ini.Dengan itu, penulis juga memberitahu di dalam artikelnya supaya kita berhati-hati dan bijak semasa menggunakannya.Ini kerana,terdapat juga pengaruh budaya asing yang boleh menyesatkan akidah umat islam dan laman web yang bertopengkan ajaran islam tetapi hakikatnya membawa kepada kesesatan.
Oleh itu, para pembaca perlulah berpengetahuan tinggi dan bijak menilai sesuatu perkara yang baik dan buruk sebelum menerima dan mengikutinya.Begitu juga para pendakwah,mereka perlulah mempunyai ilmu dalam menarik minat pembaca agar dakwah yang disampaikannya itu berkesan kepada masyarakat.

No comments:
Post a Comment