Pembelajaran Melalui Video..
Saya berpendapat bahawa video ini adalah merupakan video yang terbaik kerana ia adalah salah satu kaedah pembelajaran yang bagus untuk kanak-kanak belajar membaca, menyebut, mengenal serta menghafal ayat yang mudah dalam Bahasa Arab.Dalam video ini, kanak-kanak diberi pendedahan dalam mengenal kata tanya dalam bahasa Arab.Di sini, Perkataan yang digunakan adalah merupakan perkataan yang mudah dan sering digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Selain itu,dengan adanya latar belakang muzik dan juga alunan lagu yang telah digubah ia sebenarnya akan menarik kanak-kanak untuk mudah menyebut dan sekaligus menghafal perkataan yang diungkapkan.Sememangnya dalam tahap perkembangan kanak-kanak dan arus kemodenan yang sedang dilaluinya pembelajaran melalui kaedah seperti ini menjadikan kanak-kanak belajar secara tidak langsung.Justeru itu, video ini sememangnya boleh digunakan oleh ibu bapa dan juga guru-guru.
Sebagai seorang ibu saya sangat teruja dengan video seperti ini.Ini kerana, dengan adanya video seperti ini ia akan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa arab yang merupakan bahasa syurga.Tidak semua anak-anak akan berminat dengan bahasa arab. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalkan serta memberi tunjuk ajar kepada mereka agar mereka boleh belajar dengan baik dan menjadikan pembelajaran anak-anak berkesan dan mudah difahami
Selain itu, bagi guru pula,video ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu belajar di dalam kelas.Dengan ini, sesi pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan pastinya mudah untuk murid-murid mengingati perkataan tersebut apabila diulang beberapa kali.
No comments:
Post a Comment