Wednesday, 31 December 2014

Pembelajaran Bahasa Arab_ Guna kaedah PBBK

Ulasan:Penggunaan PBBK dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab



Penulis:Ashinida Aladdin,Afendi Hamat dan Mohd Shabri Yusof.Artikel ini membincangkan tentang Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.Sememangnya perkembangan Teknologi kini sudah semakin pesat, pengggunan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang sangat luas dalam pelbagai bidang termasuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.Maka dengan itu, Kajian awal tentang perkara ini telah dibuat dan hasilnya dilihat ianya adalah  satu cara yang positif dalam meningkatkan mutu Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.

  
Penulis mendapati bahawa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer ini sebenarnya adalah merupakan pembelajaran yang berasaskan kepada penggunaan komputer dan juga internet.Ia sememangnya satu kemudahan yang ingin diberikan kepada pelajar dan juga guru.Selain itu, memandangkan bahasa Arab adalah merupakan bahasa asing maka dengan menggunakan komputer segala maklumat  mudah untuk diperolehi dan dikongsi bersama.Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa dan kemahiran komputer kepada para pelajar.

  
Daripada kajian yang dilakukan, Dengan penggunaan komputer juga aktiviti yang lebih menarik dapat dilaksanakan semasa proses Pengajaran Dan Pembelajaran sedang dilaksanakan. Pelbagai bahan dan maklumat boleh didapati dan mampu membantu pelajar untuk memahami sesuatu perkara.Dengan ini, guru dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada setiap pelajar tentang apa yang sedang dipelajarinya.Para pelajar juga dapat meningkatkan liguistik serta menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu konsep.Oleh itu, dapatlah dijelaskan bahawa sekiranya guru dan pelajar diberikan pendedahan yang mencukupi dalam hal ini, perlaksanan Pengajaran Dan Pembelajaran akan lebih berkesan berbanding penggunaan secara manual atau teori.


Walau bagaimanapun, penulis telah mendapati terdapat juga beberapa kelemahan dalam menggunakan komputer  semasa proses Pengajaran Dan Pembelajaran dilaksanakan. Masalah yang utama adalah apabila pelajar tidak tahu penggunaan komputer dan ini menjadikan guru mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan kepada para pelajar. Di samping itu, masalah teknikal yang melibatkan komputer dan perisian yang tidak berfungsi dengan baik juga adalah merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh para pelajar dan juga guru.

Dengan ini dapatlah disimpulkankan bahawa Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan komputer sebenarnya memberi banyak faedah kepada murid-murid dan memudahkan pemahaman pelajar dalam sesi pembelajaran.Moga dengan ini pembelajaran bahasa arab dapat dipertingkatkan dengan adanya program PBBK ini.





No comments:

Post a Comment