MELAWAT LADANG BURUNG UNTA...
Salam cuti hujung minggu kepada semua pengunjung blog saya..
Minggu ni saya nak ceritakan pada semua tentang cuti hujung minggu kami sekeluarga.Kami sebenarnya baru jer habis kenduri khawin sepupu di Petaling Jaya dan secara tidak dirancang semasa perjalanan balik ke Jb kami sekeluarga telah berkunjung ke Jelita Ostrich Farm di Seremban..
Mesti ramai yang tidak pernah dengar tentang tempat ni..Samalah dengan saya.hehehe..Tapi disebabkan nak tahu sangat apa yang menarik di sini saya pun ajaklah keluarga datang sini..Jelita Ostrich Farm ini adalah merupakan ladang burung Unta pertama di Malaysia dan pernah dapat Book Of Record tau.
Ladang ini terletak 10 kilometer daripada bandar Seremban dan menuju ke Jelebu .Bayarannya pulak Rm9 untuk dewasa.untuk kanak-kanak tak tanyalah plak..sebab kami semua tidak ada yang bawah umur.hehehe.
Apa yang paling menyeronokkan di sini ialah kita akan dapat layanan yang sangat istemewa.Bila kita masuk jer akan ada seoarang pekerja yang menerangkan pada kita dari awal hingga kita balik..bestkan.Memang sangat berbaloi!!!
Macam-macam pak cik ni cerita pada kami tentang Burung Unta ni..memang sangat teruja..
Selain daripada itu, setiap pengunjung gak akan di bawa dari satu tempat ke satu tempat..luas ladang ni adalah 10 hektar tau..huh!!penatttt...Mula-mula kami diberi penerangan tentang burung unta..sebenarnya burung unta ni bukan satu binatang yang menggerunkan..ia ada keunikan tesendiri tau.
Burung unta di sini di import daripada Australia & Afrika.Untuk bezakan ia kita tengok pada warna bulunya...Warna hitam selalunya jantan dan warna kelabu betina..Burung unta ni ia makan apa-apa je.maklumlah otaknya kecil.huhuhu..Jagung pun dia makan tau..Kami sempat merasa bagi makan jagung padanya dan tidaklah menakutkan pun sebab dia takde gigi..
Eem..takut gak mula-mula nak bagi makan ni..hehehe..ni burung betina bulunya kelabu..umur baru 2 tahun..
Ok..lepas dah kenal ngan burung unta ni kami pun di bawa ke tempat telur burung tersebut..tak disangka telurnya boleh dipijak dan tak pecah pun..hehe
Lepas dah puas pegang telur burung unta ni kami dibawa plak ke tempat menunggang burung unta..Semua orang dari kanak-kanak hingga dewasa leh naik...Masa nilah nak tahu berani ke tak..hahaha..
Lupa plak..selain dari Burung Unta ni sebenarnya banyak lagi binatang-binatang lain..cam kuda,ayam belanda,kambing,arnab dan lain-lain..kalau tak caya tengoklah gambar kat bawah nie..
Haha..sekarang tibalah ke agenda terakhir kami di sini..kami diberikan satu pertunjukan perlumbaan Burung Unta..Rupa-rupanya burung Unta ni kalau berlari memang sangat laju dan bila kita nak bagi arah jalan kat ia mesti tutup sebelah mata ia guna tangan..
Sebelum pulang kami dapat sijil yang mentauliahkan bahawa kami pernah melawat dan menunggang burung unta di sini.. hehe.. tak balik tangan kosong...
Oklah...Rasanya cukuplah setakat ni dulu cerita kisah kami sekeluarga
pada minggu ini..emm..badan pun dah terasa penat..tapi memang sangat
puas sebab dapat banyak ilmu baru hari ini..7 Dec 2014 dalam
kenangan..hehehe..kalau nak tahu ngan lebih lanjut datanglah
sendiri.Memang tak rugi punya..
Sebelum saya mengundur diri izinkan saya berpantun terlebih dahalu yer..
Tercapailah sudah segala Impian,
Memori Indah dalam Kenangan,
Moga ia menjadi ingatan,
Yang Kekal Berpanjangan.
bestnye... kalau balik lambat masa tu mesti join sekali.. ;-)
ReplyDelete