Kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Teknologi maklumat dan Komunikasi adalah gabungan daripada dua aspek iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti grafik,suara, animasi,dan sebagainya.Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan.
Teknologi Komunikasi pula membolehkan individu atau kumpulan tertentu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global.
Pada masa kini, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sudah semakin pesat dan ianya telah memberi kesan yang yang positif di dalam pelbagai bidang di Malaysia termasuklah bidang pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia dengan menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar menggunakan komputer riba, cakera padat dan penggunaan pelbagai perisian.
Kelebihan ICT dapat dinyatakan seperti berikut:
- Meningkatkan minat pelajar
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akedemik mereka (Abd, Rahman, 1992).
Menurut Abdul RahimMohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,Penggunaan internet juga mampu membentuk suasana pengajaran dan pebelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.
- Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar
Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005), mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Penggunaan alat beteknologi tinggi seperti koputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam prooses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu,ekses guru dan pelajar dapat dipertingkatkan melalui penggunaan komputer.Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafi bergambar,video dan pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur.Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.
- Menberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
Bill Gates (1990), dalam bukunya Business@The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan (hands on) dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar.Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.
- Guru dapat menurunkan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih mudah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995),Winnans dan Brown (1992),Dupagne dan Krendl (1992),serta Hadley dan Sheingold (1993),walau begitu canggihnya komputer, ia perlulah dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna seperti (hardware dan Software) yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer.Dengan ini,keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer.
- Bahan boleh disimpan oleh guru semula.
Dalam keadan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaiaan dan pengajaran melalui penggunaan internet,bahan-bahan muitimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada.Bahan-bahan multimedia interektif dibangunkan dengan mengunakan bahanvisual grafik,teks,musik,video serta animasi yang menbantu mengukuhkanlagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.Pengunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juge murid untuk meneroka,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar,guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin.Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam suatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya menunjukan satu -satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya.Tambahan pula setiap bahan didal portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat bnyak bahan bahru berbanding dengan buku teks yang diperbaharuie lima tahun sekali.(Zalina Yahya,2001).
Bibiografi
Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu,1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999
http//eprints.utm