Wednesday, 31 December 2014

Mudahnya mengingat Kata Tanya Bahasa Arab

funscrape.com 
 funscrape.com

Pembelajaran  Melalui Video..




 


Saya  berpendapat bahawa video ini adalah merupakan  video yang terbaik kerana ia adalah salah satu kaedah pembelajaran yang bagus untuk kanak-kanak  belajar membaca, menyebut, mengenal serta menghafal ayat yang mudah dalam Bahasa Arab.Dalam video ini, kanak-kanak diberi pendedahan dalam mengenal kata tanya dalam bahasa Arab.Di sini, Perkataan yang digunakan adalah merupakan perkataan yang mudah dan sering digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

Selain itu,dengan adanya latar belakang muzik dan juga alunan lagu yang telah digubah ia sebenarnya akan menarik kanak-kanak untuk mudah menyebut dan sekaligus menghafal perkataan yang diungkapkan.Sememangnya dalam tahap perkembangan kanak-kanak dan arus kemodenan yang sedang dilaluinya pembelajaran melalui kaedah seperti ini menjadikan kanak-kanak belajar secara tidak langsung.Justeru itu, video ini sememangnya boleh digunakan oleh ibu bapa dan juga guru-guru.

Sebagai seorang ibu   saya sangat teruja dengan video seperti ini.Ini kerana, dengan adanya video seperti ini ia akan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa arab yang merupakan bahasa syurga.Tidak semua anak-anak akan berminat dengan bahasa arab. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalkan serta memberi tunjuk ajar kepada mereka agar mereka boleh belajar dengan baik dan menjadikan pembelajaran anak-anak berkesan dan mudah difahami

Selain itu, bagi guru pula,video ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu belajar di dalam kelas.Dengan ini, sesi pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan pastinya mudah untuk murid-murid mengingati perkataan tersebut apabila diulang beberapa kali.

Oleh itu, marilah sama-sama kita kenali, pelajari dan cintai bahasa al-quran ini agar ia memberi manfaat kepada kita semua di akhirat kelak nanti..amin ya rabbal alamin...  

funscrape.com     

Pembelajaran Bahasa Arab_ Guna kaedah PBBK

Ulasan:Penggunaan PBBK dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab



Penulis:Ashinida Aladdin,Afendi Hamat dan Mohd Shabri Yusof.Artikel ini membincangkan tentang Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.Sememangnya perkembangan Teknologi kini sudah semakin pesat, pengggunan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang sangat luas dalam pelbagai bidang termasuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.Maka dengan itu, Kajian awal tentang perkara ini telah dibuat dan hasilnya dilihat ianya adalah  satu cara yang positif dalam meningkatkan mutu Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.

  
Penulis mendapati bahawa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer ini sebenarnya adalah merupakan pembelajaran yang berasaskan kepada penggunaan komputer dan juga internet.Ia sememangnya satu kemudahan yang ingin diberikan kepada pelajar dan juga guru.Selain itu, memandangkan bahasa Arab adalah merupakan bahasa asing maka dengan menggunakan komputer segala maklumat  mudah untuk diperolehi dan dikongsi bersama.Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa dan kemahiran komputer kepada para pelajar.

  
Daripada kajian yang dilakukan, Dengan penggunaan komputer juga aktiviti yang lebih menarik dapat dilaksanakan semasa proses Pengajaran Dan Pembelajaran sedang dilaksanakan. Pelbagai bahan dan maklumat boleh didapati dan mampu membantu pelajar untuk memahami sesuatu perkara.Dengan ini, guru dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada setiap pelajar tentang apa yang sedang dipelajarinya.Para pelajar juga dapat meningkatkan liguistik serta menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu konsep.Oleh itu, dapatlah dijelaskan bahawa sekiranya guru dan pelajar diberikan pendedahan yang mencukupi dalam hal ini, perlaksanan Pengajaran Dan Pembelajaran akan lebih berkesan berbanding penggunaan secara manual atau teori.


Walau bagaimanapun, penulis telah mendapati terdapat juga beberapa kelemahan dalam menggunakan komputer  semasa proses Pengajaran Dan Pembelajaran dilaksanakan. Masalah yang utama adalah apabila pelajar tidak tahu penggunaan komputer dan ini menjadikan guru mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan kepada para pelajar. Di samping itu, masalah teknikal yang melibatkan komputer dan perisian yang tidak berfungsi dengan baik juga adalah merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh para pelajar dan juga guru.

Dengan ini dapatlah disimpulkankan bahawa Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan komputer sebenarnya memberi banyak faedah kepada murid-murid dan memudahkan pemahaman pelajar dalam sesi pembelajaran.Moga dengan ini pembelajaran bahasa arab dapat dipertingkatkan dengan adanya program PBBK ini.





Thursday, 11 December 2014


MELAWAT LADANG BURUNG UNTA...


Salam cuti hujung minggu kepada semua pengunjung blog saya..

Minggu ni saya nak ceritakan pada semua tentang cuti hujung minggu kami sekeluarga.Kami sebenarnya baru jer habis kenduri khawin sepupu di Petaling Jaya dan secara tidak dirancang semasa perjalanan balik ke Jb kami sekeluarga telah berkunjung ke Jelita Ostrich Farm di Seremban..


Mesti ramai yang tidak pernah dengar tentang tempat ni..Samalah dengan saya.hehehe..Tapi disebabkan nak tahu sangat apa yang menarik di sini saya pun ajaklah keluarga datang sini..Jelita Ostrich Farm ini adalah merupakan ladang burung Unta pertama di Malaysia dan pernah dapat Book Of Record tau.

Ladang ini terletak 10 kilometer daripada bandar Seremban dan menuju ke Jelebu .Bayarannya pulak Rm9 untuk dewasa.untuk kanak-kanak tak tanyalah plak..sebab kami semua tidak ada yang bawah umur.hehehe.

Apa yang paling menyeronokkan di sini ialah kita akan dapat layanan yang sangat istemewa.Bila kita masuk jer akan ada seoarang pekerja yang menerangkan pada kita dari awal hingga kita balik..bestkan.Memang sangat berbaloi!!!

               Macam-macam pak cik ni cerita pada kami tentang Burung Unta ni..memang sangat teruja..

Selain daripada itu, setiap pengunjung gak akan di bawa dari satu tempat ke satu tempat..luas ladang ni adalah 10 hektar tau..huh!!penatttt...Mula-mula kami diberi penerangan tentang burung unta..sebenarnya burung unta ni bukan satu binatang yang menggerunkan..ia ada keunikan tesendiri tau.

Burung unta di sini di import daripada Australia & Afrika.Untuk bezakan ia kita tengok pada warna bulunya...Warna hitam selalunya jantan dan warna kelabu betina..Burung unta ni ia makan apa-apa je.maklumlah otaknya kecil.huhuhu..Jagung pun dia makan tau..Kami sempat merasa bagi makan jagung padanya dan tidaklah menakutkan pun sebab dia takde gigi..

      Eem..takut gak mula-mula nak bagi makan ni..hehehe..ni burung betina bulunya kelabu..umur baru 2 tahun..

 

Ok..lepas dah kenal ngan burung unta ni kami pun di bawa ke tempat telur burung tersebut..tak disangka telurnya boleh dipijak dan tak pecah pun..hehe


Lepas dah puas pegang telur burung unta ni kami dibawa plak ke tempat menunggang burung unta..Semua orang dari kanak-kanak hingga dewasa leh naik...Masa nilah nak tahu berani ke tak..hahaha..



Lupa plak..selain dari Burung Unta ni sebenarnya banyak lagi binatang-binatang lain..cam kuda,ayam belanda,kambing,arnab dan lain-lain..kalau tak caya tengoklah gambar kat bawah nie..



Haha..sekarang tibalah ke agenda terakhir kami di sini..kami diberikan satu pertunjukan perlumbaan Burung Unta..Rupa-rupanya burung Unta ni kalau berlari memang sangat laju dan bila kita nak bagi arah jalan kat ia mesti tutup sebelah mata ia guna tangan..




 Sebelum pulang kami dapat sijil yang mentauliahkan bahawa kami pernah melawat dan menunggang burung unta di sini.. hehe.. tak balik tangan kosong...


Oklah...Rasanya cukuplah setakat ni dulu cerita kisah kami sekeluarga pada minggu ini..emm..badan pun dah terasa penat..tapi memang sangat puas sebab dapat banyak ilmu baru hari ini..7 Dec 2014 dalam kenangan..hehehe..kalau nak tahu ngan lebih lanjut datanglah sendiri.Memang tak rugi punya..


Sebelum saya mengundur diri izinkan saya berpantun terlebih dahalu yer..

Tercapailah sudah segala Impian,
Memori Indah dalam Kenangan,
Moga ia menjadi ingatan,
Yang Kekal Berpanjangan.

OK pembaca semua..jumpa lagi di enteri yang lebih menarik nanti....










Assalamualaikum...

Nama :Siti Norhamidah binti Tujana

No.Metrik : DX145263PIJ01

Alamat : No 37,Jln Setia,Kg Sepakat Jaya, 81500 Pekan Nenas, Pontian, Johor.

Umur : 27 tahun

Tarikh Lahir : 30 Ogos 1987

Pekerjaan : Guru Kafa 

Nama & alamat Sekolah: Sekolah Agama Sungai Boh,Serkat. Pontian 


Friday, 5 December 2014

Mutiara kata

Mutiara Kata

new f2 "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
new f2 "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
new f2 "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
new f2 "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
new f2 "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
new f2 "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
new f2 "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
new f2 "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
new f2
assalamualaikum semua ...

hari ini saya menghadiri kelas DPT1023 . tugasan hari ini adalah membuat blogspot sendiri. alhamdulilah semua yer selesai